Skip to main content

Sukan

Ospina dijangka ganti Cech dalam perlawanan akhir Piala Liga

Penjaga gawang Arsenal, Petr Cech dijangka tidak akan tampil dalam kesebelasan utama pasukan tersebut ketika bertemu dengan Manchester City, dalam perlawanan akhir Piala Liga Ahad ini (25 Feb). Sebaliknya, David Ospina diramal mengambil tempatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ospina dijangka ganti Cech dalam perlawanan akhir Piala Liga

David Ospina menyambut gol Hector Bellerin yang ketiga pada 14 September 2017. (Gambar: DAVID KLEIN/REUTERS)

Diterbitkan : 21 Feb 2018 05:05PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 05:09PM

LONDON: Penjaga gawang Arsenal, Petr Cech dijangka tidak akan tampil dalam kesebelasan utama pasukan tersebut ketika bertemu dengan Manchester City, dalam perlawanan akhir Piala Liga Ahad ini (25 Feb). Sebaliknya, David Ospina diramal mengambil tempatnya.

Cech sendiri menjangka bahawa rakan sepasukannya dari Columbia itu akan terus beraksi pada peringkat akhir menentang City kelak. Ini memandangkan beliau sudahpun membuat penampilan dalam semua perlawanan Piala Liga Arsenal kecuali hanya satu daripadanya setakat ini.

"Sejak awalnya, memang jelas bahawa ia akan sedemikian rupa," kata Cech kepada agensi media Britain apabila ditanya sama ada Ospina akan dipilih untuk mewakili pasukan tersebut Ahad ini.

"Saya akan berada di samping pasukan untuk menyokong mereka tetapi saya tidak menjangka akan bermain. Memang berat untuk hanya menonton sebarang perlawanan jika tidak dipilih.

"Sebagai seorang pemain, anda selalunya ingin terlibat sama.

"Namun, anda bermain untuk kelab profesional di mana terdapat 25 pemain-pemain hebat dan pengurus pasukan akan selalu membuat pilihannya dan anda terpaksa menerima."

Selain Piala Liga, Ospina juga menjadi pilihan pertama Arsenal dalam perlawanan-perlawanan Liga Eropah. Beliau turut dijangka menyertai kesebelasan utama apabila pasukan tersebut menentang Ostersunds Khamis ini (22 Feb).

"Saya ingin bermain setiap minggu tetapi saya menghormati keputusan pengurus.

"Anda harus membuat persiapan seperti anda akan bermain setiap perlawanan. Ia mungkin mencabar untuk bermain hanya beberapa perlawanan dalam sebulan, terutama sekali jika ia sebesar yang ini.

"Anda hanya harus fokus dan bersiap sedia. Saya rapat dengan Petr dan ia turut membantu." 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita