Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Yu Mengyu mara ke peringkat separuh akhir setelah tewaskan pemain Jepun

Atlit Singapura Yu Mengyu mara ke peringkat separuh akhir acara tenis meja perseorangan wanita setelah menumpaskan Kasumi Ishikawa dari Jepun 4-1 di Olimpik Tokyo hari ini (28 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Yu Mengyu mara ke peringkat separuh akhir setelah tewaskan pemain Jepun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2021 01:14PM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 01:19PM

TOKYO: Atlit Singapura Yu Mengyu mara ke peringkat separuh akhir acara tenis meja perseorangan wanita setelah menumpaskan Kasumi Ishikawa dari Jepun 4-1 di Olimpik Tokyo hari ini (28 Jul).

Ini adalah kali pertama seorang atlit Singapura mara ke peringkat separuh akhir dalam acara perseorangan meja tenis di Olimpik sejak Feng Tianwei berjaya melakukan demikian pada 2012.

Yu juga layak ke pusingan suku akhir di Olimpik Rio pada 2016. Namun beliau tewas di tangan Kim Song-i dari Korea Utara dan gagal memenangi sebarang pingat.

Dalam pusingan pertama yang sengit, Ishikawa mengalahkan Yu 11-8.

Namun Yu mendahului permainan dalam pusingan-pusingan seterusnya dengan mengalahkan Ishikawa 11-5, 14-12, 11-6, 11-2.

Ishikawa mempunyai kedudukan ke-10 di dunia dan Yu pula ranking ke-47.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan