Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Yeo Jia Min tersingkir daripada pertandingan badminton perseorangan wanita

Atlit Singapura Yeo Jia Min tersingkir daripada pertandingan badminton perseorangan wanita di Olimpik Tokyo hari ini (28 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Yeo Jia Min tersingkir daripada pertandingan badminton perseorangan wanita

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2021 10:27AM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 10:29AM

SINGAPURA: Atlit Singapura Yeo Jia Min tersingkir daripada pertandingan badminton perseorangan wanita di Olimpik Tokyo hari ini (28 Jul).

Atlit berusia 22 tahun itu dikalahkan oleh Kim Ga-eun dari Korea Selatan, yang mempunyai kedudukan ke-18 di dunia, dengan markah 21-13, 21-14 di Musashino Forest Sport Plaza.

Yeo yang mempunyai kedudukan ke-30 di dunia, berdepan perlawanan sengit 3-1 dengan Kim, setelah menang dalam dua perlawanan menentang atlit Korea Selatan itu pada 2019.

Pagi tadi (28 Jul), Kim memenangi set pertama 21-13 dalam masa hanya 13 minit.

Beliau menang lagi pada set seterusnya 4-0 dan terus menundukkan Yeo dalam perlawanan itu dalam masa 30 minit.

Atlit Singapura itu mempunyai masa kurang sehari untuk berehat setelah meraih kemenangan dalam perlawanan menentang Haramara Gaitan dari Mexico pada Selasa (27 Jul).

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan