Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Tokyo mungkin berlangsung tanpa vaksin COVID-19, kata ketua IOC

Bos Olimpik Thomas Bach pada Khamis (24 Sep) berkata Sukan Tokyo mungkin berlangsung tahun hadapan sekalipun tanpa vaksin COVID-19 sambil merujuk kepada kejayaan Tour de France.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Tokyo mungkin berlangsung tanpa vaksin COVID-19, kata ketua IOC

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 Sep 2020 09:26PM Dikemas Kini : 24 Sep 2020 09:28PM

TOKYO: Bos Olimpik Thomas Bach pada Khamis (24 Sep) berkata Sukan Tokyo mungkin berlangsung tahun hadapan sekalipun tanpa vaksin COVID-19 sambil merujuk kepada kejayaan Tour de France.

Menyuarakan pandangan optimis semasa satu mesyuarat dengan penganjur Tokyo 2020, beliau berikrar untuk menjadikan temasya sukan yang ditangguhkan itu satu kejayaan walaupun terdapat ketidakpastian mengenai pandemik tersebut.

Namun, vaksin dan kemajuan dalam ujian pantas "tentu sekali amat membantu" dalam menganjurkan acara tersebut, kata Encik Bach, Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Sukan Olimpik 2020 ditangguhkan awal tahun ini sedang wabak baru yang membawa maut itu menular di seluruh dunia.

Acara itu kini dijangka dilancarkan pada 23 Julai 2021 dan pihak penganjur menegaskan ia akan meneruskan juga temasya tersebut serta memastikan ia selamat bagi semua yang terlibat.

Syarikat-syarikat perubatan sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan satu vaksin berkesan bagi melawan virus itu yang kini sudah meragut lebih 970,000 nyawa di seluruh dunia dan menjangkiti hampir 32 juta penduduk sejagat.

Beberapa calon vaksin utama sekarang ini berada di peringkat akhir ujian.

Encik Bach berkata ia adalah mustahil untuk melakarkan rancangan luar jangka bagi setiap senario. Beliau menambah penganjur tidak akan tertekan untuk membuat pengumuman tentang bagaimana Sukan itu akan dianjurkan. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan