Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Tokyo 2020: Team Singapore terus pantau teliti keadaan

Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) menyatakan ia "akan terus memantau keadaan dengan teliti" sedang para atlitnya bersiap sedia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Tokyo 2020: Team Singapore terus pantau teliti keadaan

Team Singapore berarak di acara penutupan Sukan SEA 2019. (Gambar: SportSG)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 07:35PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 07:37PM

SINGAPURA: Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) menyatakan ia "akan terus memantau keadaan dengan teliti" sedang para atlitnya bersiap sedia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ini menyusuli keputusan Kanada dan Australia untuk tidak menghantar para atlit mereka ke Tokyo.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini (23 Mac) mengatakan acara sukan itu mungkin ditangguhkan.

Menurut SNOC, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberitahu jawatankuasa Olimpik pelbagai negara dan pihak berkepentingan bahawa ia sedang meninjau pelbagai senario perancangan untuk Sukan Olimpik Tokyo.

SNOC sendiri kekal dalam perpaduan bersama pihak berkepentingannya, termasuk para atlit, IOC dan pemerintah Singapura, dalam usaha membendung COVID-19 serta melindungi masyarakat.

Ia menambah persiapan para atlit sudahpun terjejas akibat pembatalan acara-acara sukan dan sekatan perjalanan.

Program latihan mereka akan diubah suai berdasarkan perkembangan terkini tentang acara kelayakan sukan Olimpik.  

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan