Olimpik: Perenang AS Caeleb Dressel rangkul emas 50m gaya bebas
Perenang lelaki Amerika Syarikat Caeleb Dressel terus menunjukkan kehebatannya di kolam renang dengan memenangi dua lagi pingat emas.

Perenang lelaki Amerika Syarikat Caeleb Dressel memenangi pingat emas dalam acara 50 meter gaya bebas di Olimpik Tokyo 2020. (Gambar: Carl Recine/REUTERS)
TOKYO: Acara renang Olimpik Tokyo berakhir hari ini (1 Ogos).
Perenang lelaki Amerika Syarikat Caeleb Dressel terus menunjukkan kehebatannya di kolam renang dengan memenangi dua lagi pingat emas.
Ini bermakna beliau merangkul lima pingat emas daripada enam acara yang disertainya di Olimpik Tokyo sekarang.
Pingat emas pertama yang dimenangi Dressel hari ini adalah dalam acara 50 meter gaya bebas.
Dressel mendahului peserta lain sejak dari mula. Beliau menamatkan perlumbaan dalam masa 21.07 saat, sekali gus memecahkan rekod Olimpik.
Pingat perak menjadi milik perenang Perancis manakala gangsa dibawa pulang peserta Brazil.
Acara yang sama bagi wanita pula dimenangi perenang Australia, Emma McKeon.
Beliau mula memecut para perenang lain di jarak 25 meter dan berjaya mengenepikan saingan hebat dari pemegang rekod dunia, Sarah Sjostrom dari Sweden dan peserta Denmark, Pernille Blume.
McKeon menamatkan perlumbaan dalam masa 23.81 saat yang juga rekod baru Olimpik. Ini merupakan pingat emas ketiga McKeon di Tokyo.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.