Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Pasukan tenis meja wanita berdepan pertarungan sengit buru pingat

Pemain tenis meja negara Yu Mengyu yang mara ke separuh akhir acara perseorangan baru-baru ini dan pemenang tiga pingat Olimpik lalu Feng Tianwei kini mengalihkan perhatian ke acara pasukan wanita. Bersama Lin Ye mereka akan menghadapi pasukan Perancis pada Isnin (2 Ogos) dalam pusingan kelompok 16.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Pasukan tenis meja wanita berdepan pertarungan sengit buru pingat

Yu Mengyu beraksi di pusingan suku akhir tenis meja perseorangan wanita di Sukan Olimpik pada 29 Jul. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 07:02PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 07:04PM

TOKYO: Pemain tenis meja negara Yu Mengyu yang mara ke separuh akhir acara perseorangan baru-baru ini dan pemenang tiga pingat Olimpik lalu Feng Tianwei kini mengalihkan perhatian ke acara pasukan wanita.

Bersama Lin Ye mereka akan menghadapi pasukan Perancis pada Isnin (2 Ogos) dalam pusingan kelompok 16.

Pasukan tenis meja wanita Singapura kini di tangga keenam dan bakal berdepan persaingan sengit dengan China juga berada dalam kelompok yang sama.

Team Singapore pernah menang dua pingat Olimpik sebelum ini.

Pada 2008 mereka mengukir sejarah dengan menamatkan ketandusan pingat negara selama 48 tahun.

Feng, bersama Li Jiawei dan Wang Yuegu merangkul pingat perak setelah tewas kepada China.

Empat tahun kemudian, pasukan yang sama kalah di tangan Jepun di separuh akhir namun berjaya mendapat pingat gangsa.

Pada 2016, Feng, Yu dan Zhou Yihan gagal merangkul pingat.

Mereka tewas kepada China di separuh akhir dan terlepas peluang untuk meraih pingat gangsa setelah kalah pula di tangan Jepun.

Di Tokyo kali ini para pemain mahu menebus kekecewaan di Rio dan membawa pulang lagi pingat. 

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/EM/SU/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa