Skip to main content

Sukan

Olimpik Paris satu wadah bagi atlet SG pertingkatkan diri, belajar erti kemenangan: Ketua SSI

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Paris satu wadah bagi atlet SG pertingkatkan diri, belajar erti kemenangan: Ketua SSI

Ketua Institut Sukan Singapura (SSI) Su Chun Wei menilai prestasi Team Singapore di Olimpik Paris dalam satu sidang media pada 10 Ogos 2024. (Gambar: SNOC/Kong Chong Yew)

PARIS: Sekalipun tidak semua atlet Singapura berjaya meraih pingat di Olimpik Paris, temasya sukan itu telah memberikan pengalaman untuk mereka belajar dan mempertingkatkan diri, kata seorang pegawai sukan tertinggi tempatan.

Berucap di satu sidang media untuk menggulung kempen Olimpik Paris pada Sabtu (10 Ogos), ketua Institut Sukan Singapura (SSI) Su Chun Wei percaya kontinjen negara masih mudah dan akan belajar daripada pengalaman.

"Ya, kami tahu prestasi yang konsisten sering dikaitkan dengan keupayaan mencapai kemenangan. Dua perkara itu memang tidak dapat disangkal. Kemajuan ini mungkin belum dapat dilihat sepenuhnya dalam setiap prestasi atlet-atlet kami. Namun saya ingin kongsikan sesuatu yang lebih optimistik: Kohort atlet kami sangat muda," katanya kepada media.

"Dua pertiga atlet (Olimpik) baru membuat penampilan sulung dan sebilangan daripada mereka adalah remaja. Jika anda memantau prestasi setiap satu daripada mereka... pada tahun lalu atau dua tahun sebelumnya, anda akan lihat mereka sudah mengatasi pesaing-pesaing yang menduduki ranking lebih tinggi pada peringkat serantau dan Asia."
 
Loh Kean Yew di Olimpik Paris pada 1 Ogos 2024. (Gambar: Sport Singapore/Jeremy Lee)

Bertitik tolak daripada itu, Dr Su menekankan tentang pentingnya para atlet menyedari erti sebenar kemenangan daripada pengalaman bertarung di gelanggang Sukan Olimpik.

"Mereka bersemangat waja. Namun saya setuju bahawa untuk menyedari erti kemenangan memerlukan pengalaman, sokongan dan sikap optimis bahawa kohort atlet Olimpik kami masih melakukan lebih banyak pusingan lagi."

Dr Su menambah bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang penyesalan mengenai proses persediaan yang dilakukan bagi Sukan Olimpik.

"Kami senantiasa mahu menyemak semula perkara-perkara yang seharusnya dilakukan secara berlainan dan boleh dipertingkatkan. Itu cara kita untuk mendapatkan kelebihan," ujar Dr Su.

"Kami sudah lakukan apa yang kami mampu sejak dua tahun lalu, dan kami mempersiapkan atlet kami agar mereka dapat menunjukkan prestasi sebaik mungkin, dan kami terus bersikap yakin dalam proses itu."
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita