Skip to main content

Sukan

Olimpik Paris 2024: Shanti Pereira duduki tempat ke-31 dalam pusingan pertama 200m

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira terlepas peluang meraih kelayakan automatik ke pusingan separuh akhir 200 meter wanita di Sukan Olimpik Paris pada Ahad (4 Ogos), namun akan meraih peluang kedua pada Isnin nanti (5 Ogos).

Beliau menduduki tempat ke-31 daripada 45 atlet yang bertanding.

Rekod negara yang dipegangnya adalah 22.57 saat, manakala masa paling pantas yang dicatat pada musim ini adalah 23.17 saat.

Pereira akan mendapat peluang kedua pada Isnin untuk cuba melayakkan diri ke pusingan separuh akhir jika dia berjaya meraih antara masa terpantas dalam pusingan saring semula (repechage).
Atlet pecut Singapura Shanti Pereira gagal mendapatkan kelayakan automatik pada acara 200 meter wanita di Sukan Olimpik Paris pada 4 Ogos 2024. (Gambar: SNOC, Kong Chong Yew)
Pusingan saring semula adalah sebahagian daripada format baharu bagi beberapa acara. Ia menggantikan sistem lama, yang mana atlet yang mencatat baki masa terpantas layak ke pusingan seterusnya.

Terdapat empat perlumbaan saring semula pada Isnin, dengan enam tempat untuk direbut.

Atlet yang memenangi setiap perlumbaan, serta dua atlet yang mencatat masa terpantas dalam kesemua empat perlumbaan, akan mara ke peringkat separuh akhir.

Atlet Amerika Syarikat Gabby Thomas mencatat masa 22.20 saat dalam perlumbaan, menjadikannya pesaing utama dengan masa terpantas dalam pusingan awal pada pagi Ahad.

Julien Alfred daripada St Lucia, yang baru sahaja meraih kemenangan dalam acara 100 meter pada hari sebelumnya, turut membuktikan diri dalam acara 200 meter, dengan catatan masa 22.41 saat. Beliau menduduki tempat keenam pada pagi itu.
Pada awal Sukan ini, Pereira gagal mara ke separuh akhir 100 meter, menduduki tempat ke-55 daripada 72 atlet secara keseluruhannya. Dengan masa 11.63 saat, beliau merupakan yang ketujuh daripada sembilan atlet dalam perlumbaannya.

Rekod negara yang dipegangnya adalah 11.20 saat.

Pada tahun lalu,Shanti merangkul beberapa kejayaan besar.

Di Sukan Asia Hangzhou, beliau memenangi acara akhir 200 meter wanita - pingat emas olahraga pertama Singapura sejak 1974.

Beberapa hari sebelum itu, Shanti mengakhiri kemarau Singapura selama hampir 50 tahun bagi pingat padang dan balapan di Sukan Asia, selepas beliau menang perak dalam acara pecut 100 meter.

Shanti menang dalam dua acara di Kejohanan Olahraga Asia pada Julai dan juga wanita pertama Singapura yang memenangi kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter di Sukan SEA pada Mei.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita