Skip to main content

Sukan

Olimpik Paris 2024: Peninju Algeria Imane Khalif mara ke peringkat akhir

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Paris 2024: Peninju Algeria Imane Khalif mara ke peringkat akhir

(Gambar: AFP/Mauro PIMENTEL)

Diterbitkan : 07 Aug 2024 02:23PM
PARIS: Ratusan penyokong Algeria menghangatkan suasana tenang Court Phillippe-Chatrier di Roland Garros, apabila peninju Imane Khelif yang terbabit dalam isu jantina berjaya mara ke peringkat akhir kategori 66 kilogram (kg) wanita di Sukan Olimpik Paris.

Sorakan "Imane" bergema dari tempat duduk ketika Khelif menguasai lawannya Janjaem Suwannapheng dari Thailand, untuk mengesahkan peluangnya mengulangi kejayaan rakan senegara Hocine Soltani yang memenangi pingat emas acara 'lightweight' pada 1996.

Khelif meraikan kemenangannya dengan tarian di gelanggang ketika penyokong Algeria bersorak riang.

Penyertaan Khelif dan peninju acara 'featherweight' Chinese Taipei Lin Yu-ting mencetuskan kontroversi antarabangsa sejak Khelif mengalahkan Angela Carini dari Itali dalam masa hanya 46 saat, dalam pertarungan pembukaannya Khamis (1 Ogos) lalu.

Khelif dan Lin disingkirkan oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) semasa Kejohanan Dunia tahun lepas kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan jantina.

Bagaimanapun, IBA yang tidak lagi diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana isu tadbir urus gagal memberikan sebarang bukti mengenai penemuan mereka.

Pada Isnin (5 Ogos), sidang media IBA menjadi kecoh apabila presidennya Umar Kremlev membuat dakwaan tidak berasas mengenai Lin dan Khelif serta mengecam presiden IOC, Thomas Bach.

Khelif dan Lin dibenarkan kembali bertanding oleh IOC yang mengendalikan kejohanan tinju Paris 2024 dengan berkesan semasa ketiadaan IBA.

Kes itu menarik minat global dengan tokoh seperti mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan penulis Harry Potter JK Rowling, turut memberikan pandangan mereka mengenai isu berkenaan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita