Olimpik Paris 2024: Maxmilian Maeder duduk tangga ketiga selepas 4 perlumbaan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Christophe SIMON)
PARIS: Juara dunia luncur lelayang dari Singapura Maximilian Maeder memulakan kempen Sukan Olimpiknya pada Ahad (4 Ogos) dengan menduduki tangga ketiga selepas empat perlumbaan.
Di Marseille Marina, Maeder, yang membuat penampilan pertama di Olimpik, meraih lapan mata selepas empat perlumbaan pada siri pembukaan. Dia berada di belakang atlet Slovenia, Toni Vodisek dan Valentin Bontus dari Austria.
Maeder menamatkan perlumbaan pertama di tangga kelima, tempat pertama pada perlumbaan kedua, tempat kedua pada perlumbaan ketiga dan tidak menamatkan perlumbaan keempat.
Terdapat sehingga 16 perlumbaan pada siri pembukaan yang berlangsung dari Sabtu (3 Ogos) hingga Rabu dalam sukan kite-foiler, sebelum merebut pingat pada Khamis (8 Ogos).
Siri pembukaan menggunakan sistem 'mata rendah' seperti sukan layar, di mana mata diberikan berdasarkan kedudukan atlet. Sebagai contoh, atlet yang menang perlumbaan diberi satu mata.
Atlet yang berada di tangga dua tertinggi akan mara ke peringkat akhir, manakala mereka yang berada di tangga ketiga hingga kesepuluh akan bertanding di dua peringkat separuh akhir. Pemenang pusingan separuh akhir akan mara ke peringkat seterusnya.
Di peringkat akhir, atlet harus menang tiga perlumbaan untuk meraih pingat emas.
Pada Mei, Meader berjaya mempertahankan tahta kejuaraan dunia. Atlet itu juga merangkul pingat emas Ogos lalu dalam acara kite foil lelaki di Kejuaraan Dunia Sukan Layar di Belanda.
Sebelum ini, pemenang pingat emas Sukan Asia itu memenangi lima acara berturut-turut, termasuk di Kejohanan Eropah 'Formula Kite' pada Mac.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.