Olimpik Paris 2024: Maximilian Maeder dahului saingan kitefoiling selepas 5 perlumbaan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/NICOLAS TUCAT)
SINGAPURA: Hanya satu perlumbaan diadakan pada hari kedua acara kitefoiling Sukan Olimpik pada Isnin (5 Ogos), selepas angin sepoi-sepoi menangguhkan perlumbaan.
Atlet Singapura dan juara dunia Maximilian Maeder kini mengatasi peserta lain.
Maeder yang membuat penampilan pertama di Olimpik meraih 11 mata selepas lima perlumbaan pada siri pembukaan. Dia mendahului atlet Slovenia Toni Vlodisek yang juga mempunyai 11 mata, dan Valentin Bontus dari Austria, yang mengumpul 12 mata.
Di Marseille Marina, Maeder memulakan perlumbaan di tangga ketiga, dua mata di belakang Vlodisek, dan berada di kedudukan yang sama dengan Bontus.
Namun dalam satu-satunya perlumbaan pada Isnin, Maeder menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Bontus mendapat tempat keempat, manakala Vlodisek di tempat ke-10.
Terdapat sehingga 16 perlumbaan dalam siri pembukaan kite foil, sebelum atlet merebut pingat pada Khamis (8 Ogos).
Siri pembukaan menggunakan sistem 'mata rendah' seperti sukan layar, di mana mata diberikan berdasarkan kedudukan atlet. Sebagai contoh, atlet yang menang perlumbaan diberi satu mata.
Atlet yang berada di tangga dua tertinggi akan langsung mara ke peringkat akhir, manakala mereka yang berada di tangga ketiga hingga ke-10 akan bertanding di dua peringkat separuh akhir. Pemenang pusingan separuh akhir akan mara ke peringkat seterusnya.
Di peringkat akhir, peserta perlu menang tiga perlawanan untuk merangkul pingat emas.
Pada Mei, Meader berjaya mempertahankan tahta kejuaraan dunia. Atlet itu juga merangkul pingat emas Ogos di Kejuaraan Dunia Sukan Layar di Belanda.
Sebelum ini, pemenang pingat emas Sukan Asia berkenaan memenangi lima acara berturut-turut, termasuk di Kejohanan Eropah 'Formula Kite' pada Mac.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.