Olimpik Paris 2024: 5 atlet SG yang perlu diberi perhatian
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Singapore Sailing/Sport Singapore/AFP/Singapore Badminton)
SINGAPURA: Tiga tahun selepas Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo, temasya sukan terbesar dunia itu kembali diadakan di Perancis.
Dari 26 Julai hingga 11 Ogos, 10,500 atlet dari seluruh dunia akan bertanding merebut pingat.
Selain ibu kota Paris sebagai kota utama, acara-acara turut diadakan di 16 kota lain di seluruh Perancis.
Kali terakhir Singapura membawa pulang pingat Olimpik adalah lapan tahun lalu, apabila perenang Joseph Schooling mengejutkan dunia dengan merangkul pingat emas dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu.
Berikut adalah lima atlet Singapura yang perlu diberi perhatian pada temasya Olimpik Paris 2024:

1. Maximilian Maeder
Peluang terbaik Singapura untuk merangkul pingat di Sukan Olimpik Paris, terletak pada bahu atlet luncur lelayang (kitefoiler) berusia 17 tahun ini.
Maeder telah mempamerkan prestasi hebat sejak setahun lalu dan kini di kedudukan teratas dunia, memenangi pingat emas dalam lima pertandingan berturut-turut. Dia berjaya mempertahankan kejuaraannya pada Mei.
Maeder dilahirkan di Singapura. Bapanya seorang warga Switzerland dan ibunya warga Singapura. Dia mula menceburi sukan tersebut pada usia enam tahun.

2. Letitia Sim
Atlet 21 tahun itu menunjukkan prestasi yang baik sejak penampilan pertamanya di Sukan SEA 2021.
Sim memegang rekod negara dalam acara gaya kuak dada 50 meter (m), 100m dan 200m, serta rampai individu 200m.
Di Sukan Asia Hangzhou tahun lalu, Sim menduduki tempat keempat dalam acara kuak dada 100m dan 200m. Dia memenuhi syarat "A" Sukan Olimpik Paris 2024 untuk acara 100m kuak dada pada November.
Tiada perenang wanita Singapura mara ke separuh akhir Olimpik sejak Tao Li (acara kupu-kupu 100m) pada 2012.
Di Paris, Sim akan bertanding dalam acara berganti-ganti rampai 4x100m bersama Gan Ching Hwee, Quah Jing Wen dan adik perempuannya Levenia Sim.

3. Shanti Pereira
Selepas tahun 2023 yang cemerlang, di mana Shanti mencapai markah kelayakan acara 200m bagi Sukan Olimpik, dia terpaksa menempuh cabaran akibat kecederaan.
Ini juga bermakna ratu pecut Singapura itu terlepas membuat penampilan di pertandingan Liga Diamond serta pertandingan lain.
Selepas mengambil beberapa minggu untuk pulih, Shanti kembali berlatih di Stockholm menjelang Olimpik.
Prestasi yang cemerlang di Paris akan mengukuhkan dirinya untuk mencipta sejarah, menjadi wanita pertama Singapura layak ke separuh akhir acara atletik di Olimpik.

4. Ryan Lo
Pelayar negara yang berada di kedudukan teratas Asia dan ke-11 di dunia, Lo bertanding buat kali kedua dalam Sukan Olimpik.
Atlet 27 tahun itu juga merangkul pingat emas di Sukan Asia tahun lalu.
Lo menduduki tempat ke-21 daripada 35 pelayar dalam penampilan sulungnya di Olimpik Tokyo, yang ditangguhkan sehingga 2021 akibat COVID-19.
Kali ini, peluang untuk memenangi pingat lebih tinggi jika semuanya berjalan lancar.
Setakat ini, hanya dua pelayar Singapura (Kimberly Lim dan Cecilia Low, 49erFX wanita) layak ke perlumbaan Olimpik. Pasangan itu menduduki tempat ke-10 di Sukan Olimpik Tokyo.

5. Loh Kean Yew
Bekas juara dunia itu hadir di i Olimpik kali ini dengan prestasi yang tidak menentu.
Meskipun pemain badminton nombor 11 dunia itu menamatkan kemarau kemenangan selama 883 hari tahun ini, dia tersingkir pada pusingan pertamas ebanyak enam kali.
Di pertandingan terakhirnya pada Jun, Loh disingkirkan di pusingan 16 terbaik oleh pemain nombor 96 dunia dari India, Sameer Verma.
Loh, 26 tahun, juga masih pulih daripada kecederaan di bahunya.
Pada Sukan Olimpik lalu, Loh tersingkir di peringkat kumpulan selepas dikalahkan pemiandari Indonesia, Jonatan Christie.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2020 di mewatch. Layari www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.