Olimpik: Kimberly Lim, Cecilia Low pelayar pertama S'pura layak buru pingat
Atlit kapal layar negara Kimberly Lim dan Cecilia Low menjadi pelayar Singapura yang pertama layak bagi perlumbaan untuk memburu pingat di Olimpik.

Pelayar-pelayar negara, Kimberly Lim dan Cecilia Low. (Gambar: Team Singapore/Facebook)
TOKYO: Atlit kapal layar negara Kimberly Lim dan Cecilia Low menjadi pelayar Singapura yang pertama layak bagi perlumbaan untuk memburu pingat di Olimpik.
Pada Sabtu (31 Jul), pasangan duo itu yang merupakan juara bertahan Sukan Asia, menduduki tempat ke-9 dalam acara 49er FX wanita sekali gus layak mara ke persaingan merebut pingat Olimpik pada Isnin.
Pelayar yang menduduki 10 tangga teratas akan berentap dalam perlumbaan tersebut.
Kedua-dua berdepan kesulitan semasa awal perlumbaan mereka. Namun, Lim dan Low berjaya bangkit dan menunjukkan prestasi lebih baik dalam perlumbaan ketujuh dan kelapan mereka di mana mereka masing-masing menduduki tempat ketiga dan kedua.
Lim dan Low muncul di hadapan pesaing mereka dalam perlumbaan ke-11 mereka pada Sabtu dan menduduki tempat ke-13 dalam perlumbaan ke-12 serta terakhir mereka.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.