Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Feng Tianwei tersingkir daripada pusingan 16 terbaik Olimpik Tokyo

Harapan mengorak langkah lebih jauh bagi Feng Tianwei berakhir dengan kepiluan apabila beliau tersingkir daripada acara tenis meja perseorangan wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Selasa (27 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Feng Tianwei tersingkir daripada pusingan 16 terbaik Olimpik Tokyo

Feng Tianwei beraksi di Sukan Olimpik pada 27 Jul. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 27 Jul 2021 11:08PM Dikemas Kini : 27 Jul 2021 11:11PM

SINGAPURA: Harapan mengorak langkah lebih jauh bagi Feng Tianwei berakhir dengan kepiluan apabila beliau tersingkir daripada acara tenis meja perseorangan wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Selasa (27 Jul).

Atlit 34 tahun itu kalah dalam pusingan 16 terbaik di tangan Han Ying dari Jerman yang menang 4-1 di gelanggang Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Feng yang menduduki tangga ke-9 di dunia, kalah set pertama 11-13 kepada pesaing berusia 38 tahun itu yang merupakann anggota pasukan Jerman yang memungut pingat perak di Sukan Olimpik Rio lima tahun lalu.

Han memenangi lagi dua set 11-7, 11-9 sebelum Feng merampas perlawanan keempat 11-8.

Namun, Han berjaya menundukkan Feng dalam set kelima 11-8.

"Dalam tiga set pertama, saya tidak dapat mencari rentak perlawanan tetapi ia menjadi lebih baik dalam perlawanan keempat. Keadaan saya okay tetapi saya tidak bermain sebaik Han Ying," kata Feng selepas kekalahannya itu.

Feng adalah atlit Olimpik Singapura dengan pungutan pingat paling banyak: satu pingat perak dan dua gangsa.

"Ini mungkin Olimpik terakhir saya dan saya belum memikirkan apa rancangan saya selepas ini. Tapi saya akan beraksi dalam pusingan beregu dan membuat keputusan selepas itu," kata beliau.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan