Olimpik: Chantal Liew duduki tempat ke-23 dalam acara sukan renang 10km wanita
Atlit Singapura Chantal Liew menamatkan perlumbaan di tempat ke-23 dalam kalangan 25 peserta bagi acara maraton renang wanita 10 kilometer di Olimpik Tokyo hari ini (4 Ogos).

Chantal Liew. (Gambar: Waiting For Tokyo film)
TOKYO: Atlit Singapura Chantal Liew menamatkan perlumbaan di tempat ke-23 dalam kalangan 25 peserta bagi acara maraton renang wanita 10 kilometer di Olimpik Tokyo hari ini (4 Ogos).
Liew mencatat masa 2:08.17.9.
Ana Marcela Cunha dari Brazil membawa pulang pingat emas apabila sampai ke garisan penamat dalam masa 1:59:30.8. Sharon van Rouwendaal dari Belanda pula menghabiskan perlumbaan hanya 0.9 saat di belakangnya, sementara Kareena Lee dari Australia mengambil tempat ketiga.
Perlumbaan itu diadakan di Taman Marin Odaiba di Tokyo.
Ini adalah penampilan sulung Liew di temasya Sukan itu dan pertama kali seorang warga Singapura mengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut di Olimpik.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.