Olimpik: Britain pecah rekod dunia rampaian campuran di pusat akuatik
Pasukan renang Britain muncul juara acara renang campuran 4X100 meter rampaian yang pertama kali disertakan dalam Sukan Olimpik.

Perenang Britain, Adam Peaty, beraksi dalam acara renang campuran 4x100 meter rampaian. (Gambar: Antonio Bronic/REUTERS)
TOKYO: Pasukan renang Britain muncul juara acara renang campuran 4X100 meter rampaian yang pertama kali disertakan dalam Sukan Olimpik.
Setiap pasukan mempunyai dua peserta lelaki dan dua wanita.
Tidak setakat menang, pasukan dianggotai Adam Peaty, Kathleen Dawson, James Guy dan Anna Hopkin itu rekod dunia dengan catatan masa 3 minit 37.58 saat, untuk
memecahkan rekod milik kuartet China 3:38.41 yang dirakamkan di Qinddao, tahun lalu.
Ini juga merupakan pingat emas keempat Britain dalam acara renang Olimpik kali ini, pencapaiannya yang terhebat sejak 113 tahun lalu.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.