Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

OLIMPIK: Atlit tunggang kuda Caroline Chew tersingkir setelah kudanya cedera

Atlit tunggang kuda Singapura Caroline Chew disingkirkan daripada pusingan kelayakan acara perseorangan "dressage" pada Ahad (25 Jul) setelah kudanya Tribiani didapati mengalami pendarahan dari mulutnya, menyebabkan pasangan itu tidak dapat terus bersaing di Olimpik.

Anggaran Waktu Membaca:
OLIMPIK: Atlit tunggang kuda Caroline Chew tersingkir setelah kudanya cedera

(Gambar: Facebook/Edwin Tong, Persekutuan Equestrian Singapura)

Diterbitkan : 25 Jul 2021 08:56PM Dikemas Kini : 25 Jul 2021 08:58PM

TOKYO: Atlit tunggang kuda Singapura Caroline Chew disingkirkan daripada pusingan kelayakan acara perseorangan "dressage" pada Ahad (25 Jul) setelah kudanya Tribiani didapati mengalami pendarahan dari mulutnya, menyebabkan pasangan itu tidak dapat terus bersaing di Olimpik.

"Ia satu kemalangan tidak diduga... Tribiani sebenarnya sungguh bersemangat, menunjukkan persembahan yang baik dan secara tidak semena-semena bibirnya tersepit di tepi, saya rasa. Saya tidak merasakannya berlaku, namun pengadil melihatnya," kata Chew kepada wartawan.

Chew bersaing dengan kudanya yang berusia 17 tahun dalam acara dressage perseorangan atau juga dikenali sebagai balet kuda, di sukan Olimpik Tokyo.

Sebelum ini, Chew berkata penyertaannya dalam sukan Olimpik tidak diduga setelah New Zealand menarik diri daripada pusingan kelayakan, sekaligus membuka ruang kepadanya untuk mewakili Singapura.

Atlit tunggang kuda New Zealand itu menarik diri pada saat-saat terakhir dari acara Grand Prix Dressage di Le Mans, Perancis pada April. Chew mencatatkan markah peribadi terbaik sebanyak 69.674, iaitu menjangkau markah 66 yang diperlukan untuk melayakkan diri ke Olimpik.

"Dapat bersaing di Olimpik sesuatu yang sangat seronok dan saya berasa berbesar hati kerana menjadi rakyat Singapura yang pertama untuk beraksi dalam acara tunggang kuda di sukan Olimpik.

"Agak menyedihkan kerana ia terpaksa berakhir," kata peguam sepenuh masa berusia 29 tahun itu.

Menurut laman LinkedIn Chew, dia mewakili Singapura di Sukan SEA pada 2007, 2013, 2015 dan 2017.

Pemenang pingat perseorangan dan pasukan bagi acara dressage akan ditentukan pada Selasa (27 Jul) dan Rabu (28 Jul) ini.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan