Olimpik: Atlit terjun cantik negara Jonathan Chan gagal mara ke separuh akhir
Peserta Singapura dalam acara terjun cantik platform 10 meter, Jonathan Chan kalah dalam pusingan saringan, menduduki tempat ke-26 dalam kalangan 29 peserta.

Atlit terjun cantik Jonathan Chan beraksi di Olimpik Tokyo pada 6 Ogos 2021 (Gambar: Kong Chong Yew/SNOC)
SINGAPURA: Peserta Singapura dalam acara terjun cantik platform 10 meter, Jonathan Chan kalah dalam pusingan saringan.
Chan menduduki tempat 26 dalam kalangan 29 peserta.
Dia mengumpul 311.15 mata dan gagal mara ke separuh akhir kerana hanya 18 terbaik atlit maju ke pusingan seterusnya.
Chan adalah atlit terjun cantik Singapura yang pertama berjaya ke Olimpik
Dia layak ke temasya sukan berprestij itu setelah menang emas di Piala Asia pada 2019 dengan mengumpul 409.70 mata.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.