Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Atlit S'pura Freida Lim tersingkir dari acara terjun cantik 10m

Atlit terjun cantik Singapura Freida Lim menduduki tempat terakhir dalam kalangan 30 pesaing acara papan anjal 10 meter wanita selepas pusingan saringan di Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu (4 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Atlit S'pura Freida Lim tersingkir dari acara terjun cantik 10m

Freida Lim melakukan terjunan dalam acara papan anjal 10 meter wanita di Sukan Olimpik pada 4 Ogos. (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 06:12PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 06:17PM

SINGAPURA: Atlit terjun cantik Singapura Freida Lim menduduki tempat terakhir dalam kalangan 30 pesaing acara papan anjal 10 meter wanita selepas pusingan saringan di Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu (4 Ogos).

Ini bermakna beliau tidak berjaya mara ke separuh akhir acara berkenaan. 18 atlit terbaik menempah tempat di pusingan tersebut yang akan berlangsung pada pagi Khamis (5 Ogos).

Atlit Singapura itu mencatat 215.90 mata secara keseluruhannya. Chen Yuxi dari China pula menduduki tempat pertama dalam pusingan kelayakan itu setelah memperolehi 390.70 mata secara keseluruhannya.

Atlit terjun cantik Singapura Freida Lim di Sukan Olimpik pada 4 Ogos. (Gambar: SNOC)

Mei lalu, Freida Lim mencipta sejarah sebagai atlit terjun cantik Singapura yang pertama untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Individu berusia 23 tahun itu menduduki tempat ke-11 dalam pusingan saringan papan anjal 10 meter wanita di Piala Dunia Terjun Cantik FINA di Tokyo. Sewaktu di pusingan suku akhir, beliau menduduki tempat ke-15 dengan pungutan 272.35 mata.

Rakan senegara, Jonathan Chan pula merupakan rakyat Singapura yang pertama untuk bertanding dalam acara terjun cantik di Sukan Olimpik apabila berjaya menempah tempat pada 2019. Beliau akan bersaing dalam acara papan anjal 10 meter lelaki pada Jumaat.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan