Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Aksi pelayar S'pura ditunda akibat kurang angin

Perlumbaan kapal layar Olimpik pada Isnin (2 Ogos) terpaksa ditunda ekoran tahap tiupan angin yang kurang memuaskan di sekitar Pelabuhan Enoshima.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Aksi pelayar S'pura ditunda akibat kurang angin

Pelayar-pelayar negara, Kimberly Lim dan Cecilia Low. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 02 Aug 2021 04:41PM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 04:45PM

ENOSHIMA: Perlumbaan kapal layar Olimpik pada Isnin (2 Ogos) terpaksa ditunda ekoran tahap tiupan angin yang kurang memuaskan di sekitar Pelabuhan Enoshima.

Lokasi tersebut sepatutnya menganjurkan dua perlumbaan terakhir siri pembukaan acara 470 lelaki dan wanita, serta perlumbaan untuk memburu pingat bagi acara 49er bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita pada sebelah petang.

Pelayar Singapura Kimberly Lim dan Cecilia Low menyertai acara 49er. Mereka merupakan atlit kapal layar negara yang pertama yang layak bagi perlumbaan untuk memburu pingat di Olimpik.

Pada Sabtu, pasangan tersebut yang juga merupakan juara bertahan Sukan Asia, menduduki tempat kesembilan dalam acara 49er FX wanita untuk layak mara ke persaingan merebut pingat pada Isnin.

Low dan Lim meraih tempat ke-10 namun dinaikkan satu tangga setelah pelayar Amerika Syarikat Stephanie Roble dan Maggie Shea disingkirkan dalam satu perlumbaan dan jatuh ke tempat ke-12 secara keseluruhan.

Berdasarkan ramalan cuaca World Sailing yang menyatakan tiupan angin akan kekal sekitar empat hingga enam knot hingga waktu petang, semua perlumbaan sudahpun ditunda hingga Selasa apabila empat persaingan merebut pingat akan diadakan.

World Sailing sebelum ini memberitahu para wartawan bahawa angin yang bertiup pada sekurang-kurangnya enam knot diperlukan untuk mengadakan perlumbaan yang adil.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : CNA/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan