Nurzuhairah Yazid duduki tempat kedua Tunggal Seni Wanita; pingat perak pertama silat di Sukan Asia
Singapura meraih pingat perak pertama dalam acara silat di Sukan Asia hari ini (27 Ogos) apabila Nurzuhairah Yazid menduduki tempat kedua di peringkat akhir Tunggal Seni Wanita (Perseorangan).
JAKARTA: Singapura meraih pingat perak pertama dalam acara silat di Sukan Asia hari ini (27 Ogos) apabila Nurzuhairah Yazid menduduki tempat kedua di peringkat akhir Tunggal Seni Wanita (Perseorangan).
Pesilat berusia 20 tahun ini memperolehi 445 mata. Puspa Arumsari dari Indonesia memenangi pingat emas setelah memperolehi 467 mata, sementara Cherry May Regalado dari Filipina terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah mengutip 444 mata.
Ini merupakan kali pertama silat dipertandingkan dalam Sukan Asia.
Setakat ini, Singapura sudahpun berhasil memperolehi tiga pingat gangsa - melalui Nurul Shafiqah Mohd Saiful, Siti Khadijah Mohd Shahrem dan Sheik Farhan Sheik Alauddin yang masing-masing merangkul pingat gangsa dalam Kelas B Wanita (50-55kg), Kelas C Wanita (55-60kg) dan Kelas J Lelaki (90-95kg).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.