Nur'Aini Mohd Yasli bakal wakili S'pura di Kejohanan Angkat Berat Dunia di Georgia
Raga perkasa. Semangat waja. Minda tajam.
SINGAPURA: Raga perkasa. Semangat waja. Minda tajam.
Pencapaian atlit paralimpik angkat berat, Nur'Aini Mohd Yasli, dalam sukan angkat berat menantang definisi konvensional "upaya."
Setelah menjadi atlit paralimpik pertama Singapura mewakili negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo, Aini sekali lagi mengharumkan nama negara.
Beliau akan berangkat malam ini (24 Nov) untuk mewakili Singapura dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia di Tbilisi, Georgia.
Ini merupakan pertandingan saringan bagi melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris, 2024.
"Saya akan berangkat ke Tbilisi, Georgia untuk pertandingan terakhir saya untuk tahun ini. Ini adalah pertandingan saringan untuk Paralimpik Paris 2024.
"Persiapan untuk pertandingan ini agak lancar dan pertandingan 2021 bergilir-gilir, jadi saya tidak sabar untuk pertandingan terakhir tahun ini sebelum saya berehat," kongsi beliau.
Pada Sukan Paralimpik Tokyo lalu, Aini berada di tempat keenam dengan mengangkat 77 kilogram.
Harapannya kali ini adalah untuk mengatasi prestasi tersebut.
Lebih penting lagi, aspirasinya adalah untuk membuktikan keupayaan seseorang harus diukur dari daya usaha; bukan hanya menyerah kepada takdir.
Aini turut berkongsi pahit getir perjalanan sukan dan aspirasi bagi atlit paralimpik Singapura dalam wawancara DETIK Personaliti yang ke udara pukul 8.30 malam ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.