Nur Ain Salleh terima Biasiswa Bola Sepak Luar Negara Unleash the Roar!; wakili kelab sepanyol
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Unleash the Roar! /Ng Chrong Meng )
SINGAPURA: Pemain bola sepak, Nur Ain Salleh, yang merupakan belia perempuan pertama penerima Biasiswa Akademi Bola Sepak Sailors, kini dianugerahi Biasiswa Bola Sepak Luar Negara Unleash The Roar! (UTR).
Ain, 14 tahun, akan ke Sepanyol selama empat tahun untuk berlatih dan mewakili pasukan belia Madrid CFF.
Pasukan senior Sepanyol itu kini menduduki tangga ke-10 di Liga F, liga profesional wanita Sepanyol.
Liga F berada di antara enam liga kebangsaan terbaik di bawah Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA). Ia menawarkan persaingan dan pembangunan berkaliber tinggi untuk pemain baharu muncul seperti Ain.
Ain akan melanjutkan pengajian akademiknya di Sepanyol, di sebuah sekolah antarabangsa Britian, King's College School Soto de Viñuelas, di Madrid.
Di sana, dia akan menduduki Sijil Am Antarabangsa Pendidiki Menengah (IGCSE), yang serupa dengan Sijil Am Pelajaran Singapura-Cambridge Peringkat Biasa (GCE O-Level).
Ain merupakan penerima Biasiswa Bola Sepak Luar Negara Unleash The Roar! (UTR) terbaharu bagi kohort 2024, bersama Nadila Nur Danisha and Charlotte Chong yang juga pemain antarabangsa Bawah-19, untuk menyertai Madrid CFF.
Bakat Ain menyerlah sejak umur enam tahun, ketika dia memulakan perjalanan dalam bola sepak melalui Program Perempuan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
Ain kemudian menyertai pasukan LFA Protectors pada 2017, dan pada Jun 2020, dia menjadi wanita pertama yang menerima biasiswa dalam Program Pembangunan Elit (EDP) Akademi Bola Sepak Lion City Sailors, menyusuli rombakan kelab itu.
Sebagai pemain sayap kanan dengan bakat teknikal yang hebat dan keazaman yang kuat, Ain menunjukkan prestasi mengagumkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan mewakili pasukan lelaki Elit Akademi Bola Sepak Lion City Sailors di perlawanan tempatan dan antarabangsa, di mana dia menunjukkan potensinya ketika menentang pasukan Eropah.
Pada Jun 2024, Ain menyertai Pasukan Wanita Sailors, menjadikannya salah satu pemain termuda yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Wanita (WPL) Deloitte.
Ain memainkan peranan penting untuk membantu pasukan itu meraih tiga kejohanan tiga kali berturut-turut, sambil menjaringkan lima gol walaupun dia menyertai pasukan itu pada pertengahan musim.
Ain juga merupakan pemain yang menyerlah di dalam pasukan Daniel Ong, semasa kempen Liga Juara-Juara Wanita Konfederasi (AFC), di mana dia memulakan kedua-dua perlawanan menentang Odisha FC dari India dan Etihad Club dari Jordan.
Pengurus Besar Akademi Sailors, Tan Li Yu, percaya Ain sudah bersedia untuk mengambil langkah besar untuk mengejar kerjaya bola sepak profesional.
“Kami mencari peluang untuk menghantar Ain ke luar negara dan kami merasakan ini adalah masa dan langkah yang tepat untuknya. Meskipun dia mempunyai bakat, sikap dan keinginan untuk belajar yang akan membawanya jauh untuk mencapai matlamatnya,” kata Encik Tan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.