Novak Djokovic tarik diri daripada Kejohanan Terbuka Qatar
Bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic menarik diri daripada kejohanan tenis Terbuka Qatar yang bakal diadakan minggu depan. Keputusan ini dinyatakan hari ini (30 Dis) selepas Djokovic mengadu belum pulih bagi mempersiapkan diri untuk ikut beraksi di saingan Grand Slam pertama 2018.
ABU DHABI: Bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic menarik diri daripada kejohanan tenis Terbuka Qatar yang bakal diadakan minggu depan. Keputusan ini dinyatakan hari ini (30 Dis) selepas Djokovic mengadu belum pulih bagi mempersiapkan diri untuk ikut beraksi di saingan Grand Slam pertama 2018.
Pemain kelahiran Serbia berusia 30 tahun itu dijadualkan untuk memulakan musim baru dalam kejohanan pertunjukan di Abu Dhabi pada Jumaat. Namun beliau mengalami kesakitan pada siku kanannya.
"Malangnya, keadaan saya tidak membaik sejak semalam," kata Djokovic dalam kenyataan medianya.
"Saya masih rasa sakit. Oleh sebab itu, saya harus tarik diri daripada kejohanan ATP di Doha.
"Hanya apabila saya sudah 100 peratus bersedia untuk kembali beraksi, saya akan ikut bertarung. Saya harap ini dapat dilakukan secepat mungkin. Saya berterima kasih kepada semua orang yang memahami keadaan saya."
Pemenang 12 kali Grand Slam itu tidak beraksi sejak beliau terpaksa menarik diri di suku akhir Wimbledon menentang Tomas Berdych pada Julai lalu selepas dipalit kecederaan siku.
Sementara itu, pemain Jepun Kei Nishikori juga menarik diri daripada kejohanan Antarabangsa Sydney kerana kecederaan pada pergelangan tangannya. Kei Nishikori sudah tidak beraksi selama lebih empat bulan.
Keputusan Djokovic dan Nishikori untuk tarik diri terus mencetuskan kesangsian bahawa mereka akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Australia yang bermula 15 Januari depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.