Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nombor plat Piala Dunia FIFA dijual pada harga AS$500,000 di Qatar

Anggaran Waktu Membaca:
Nombor plat Piala Dunia FIFA dijual pada harga AS$500,000 di Qatar

Logo rasmi Piala Dunia Qatar 2022. (Gambar: GABRIEL BOUYS/AFP)

DOHA: Jabatan Polis Trafik Qatar menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (AS$495,000).

Menurut jabatan itu pada Jumaat (27 Mei), nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk.

Lapan tahun lalu, nombor plat "333355" dijual pada harga 200 juta riyal (AS$55 juta).

Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal, mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan