Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nilai Man Utd paling tinggi dalam kalangan 32 kelab terkemuka

Meskipun Manchester United hanya mampu menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana England musim ini, ia mendahului senarai sebagai kelab yang paling mahal, menurut laporan firma perakaunan KPMG hari ini (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Nilai Man Utd paling tinggi dalam kalangan 32 kelab terkemuka

Gambar: OLI SCARFF/AFP

Diterbitkan : 23 May 2018 09:01AM Dikemas Kini : 23 May 2018 09:04AM

PARIS: Meskipun Manchester United hanya mampu menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana England musim ini, ia mendahului senarai sebagai kelab yang paling mahal, menurut laporan firma perakaunan KPMG hari ini (23 Mei).

Nilai keseluruhan Red Devils naik lima peratus berbanding 2017 dan kini melebihi €3.2 billion (S$5 bilion), sekaligus mengalahkan Real Madrid yang bernilai €2.9 billion (S$4.6 bilion) dan FC Barcelona yang mencatat €2.8 billion (S$4.4 bilion).

"Kami mengira aset setiap kelab, misalnya jika ia memiliki stadium, nilai para pemainnya, tetapi juga nilai jenama atau imej dengan kontrak pengiklanan serta pengaruhnya di rangkaian sosial,” kata Encik Jacques Boussuge, ketua penasihat sukan di KPMG.

Dalam kalangan 32 kelab Eropah yang dinilai, Bayern Munich menduduki tempat keempat dengan nilai €2.55 billion (S$4 bilion), Juventus di kedudukan kesembilan dengan €1.3 billion (S$2 bilion) dan Paris Saint-Germain pula yang dianggarkan bernilai €1.14 billion (S$1.8 bilion), ditempatkan di tangga ke-11.

Secara keseluruhannya, nilai kesemua 32 kelab itu mencecah sekitar €32.5 billion (S$52 bilion) naik sembilan peratus berbanding 2017.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan