Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

N'Golo Kante hampir sertai Benzema di Al Ittihad

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante hampir bersetuju dengan syarat untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Satu delegasi dari kelab Timur Tengah itu sudah berada di London untuk meneliti syarat perjanjian bernilai sekitar £86 juta (S$143 juta) setahun, menurut Sinar Harian.

Pemain berusia 32 tahun itu akan menjadi pemain bebas pada hujung bulan ini dan ditawarkan kontrak sehingga 2025.

Kante sudah berbincang mengenai perjanjian baru dengan Chelsea tetapi rundingan terhenti selepas Mac.

Chelsea mahukan skuad yang lebih muda dan sedang berbincang dengan Brighton mengenai perpindahan untuk mendapatkan Moises Caicedo bagi menggantikan Kante.

Al Ittihad sebelum ini berjaya merekrut penyerang Real Madrid, Karim Benzema selain membuat tawaran untuk pemain seperti Lionel Messi, Serge Busquets, Paul Pogba, Pierre Emerick Aubameyang dan penjaga gol Tottenham Hugo Lloris.

Mail Sport sebelum ini melaporkan bahawa perbincangan antara Al-Ittihad dan Kante bermula beberapa hari lalu dan matlamatnya adalah untuk persetujuan dicapai secepat mungkin, seperti dipetik laporan Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan