Neymar tuduh Nike berbohong
Penyerang Brazil, Neymar pada Jumaat (28 Mei)berkata dakwaan Nike yang mengandaikan bahawa gergasi sukan itu memutuskan untuk membatalkan kontraknya kerana dia enggan bekerjasama.

(Gambar: AFP)
RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Neymar pada Jumaat (28 Mei)berkata dakwaan Nike yang mengandaikan bahawa gergasi sukan itu memutuskan untuk membatalkan kontraknya kerana dia enggan bekerjasama dengan siasatan dalamannya terhadap tuduhan yang mendakwa Neymar menyerang salah seorang pekerja wanita syarikat itu adalah 'tidak benar sama sekali'.
Tuduhan itu adalah insiden terbaru yang mencalarkan imej bintang Brazil itu, yang menjadi pemain termahal dunia apabila berpindah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain pada 2017.
Nike sebelum ini menyatakan bahawa perjanjian untuk menaja Neymar ditamatkan selepas salah seorang pekerjanya membuat dakwaan tersebut dan tidak mahu memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.
"Untuk menyatakan bahawa kontrak saya ditamatkan kerana saya tidak memberikan kerjasama dalam siasatan tersebut adalah satu pembohongan.
"Saya tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri saya. Saya sendiri tidak tahu siapakah orangnya yang membuat tuduhan tersebut terhadap saya.
"Saya langsung tidak mengenalinya. Tidak pernah mempunyai hubungan atau mendekati orang ini," tegas Neymar.
Menurut Nike, insiden itu dipercayai berlaku pada 2016, tetapi hanya dilaporkan kepada syarikat tersebut pada 2018.
Nike bagaimanapun tidak memberikan sebarang sebab mengapa ia menamatkan kontrak itu pada Ogos.
Syarikat itu menaja Neymar, 29 tahun, sejak pemain itu berusia 13 tahun.
Neymar kini ditaja oleh jenama sukan Jerman, Puma.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.