Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Neymar, Thiago Silva & Marquinhos kini di S'pura; bakal adakan 2 perlawanan persahabatan di Hab Sukan

Bintang-bintang bola sepak dari pasukan kebangsaan Brazil tiba di Singapura pagi tadi (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Neymar, Thiago Silva & Marquinhos kini di S'pura; bakal adakan 2 perlawanan persahabatan di Hab Sukan

Bintang-bintang bola sepak dari pasukan kebangsaan Brazil tiba di Singapura pada 7 Okt 2019.

Diterbitkan : 07 Oct 2019 05:36PM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 05:38PM

SINGAPURA: Bintang-bintang bola sepak dari pasukan kebangsaan Brazil tiba di Singapura pagi tadi (7 Okt).

Mereka ke sini untuk bertarung dalam perlawanan persahabatan menentang Senegal dan Nigeria sepanjang minggu ini.

Neymar antara bintang bola sepak yang disambut sekumpulan peminat di JW Marriot Singapore.

Ini selain rakan-rakan sepasukannya dari Paris Saint Germain seperti Thiago Silva dan Marquinhos. Persembahan gendang turut mengalu-alukan kedatangan mereka.

Ada peminat yang sanggup datang seawal 6.40 pagi untuk bertemu sendiri dengan para pemain bola sepak kegemaran mereka.

Antara pemain terkemuka lain yang sudah tiba di Singapura termasuk Casemiro dan Eder Militao dari kelab Real Madrid.

Kesemua 23 pemain kebangsaan Brazil itu akan tiba di Singapura selewat-lewatnya esok (8 Okt).

Brazil akan menentang Senegal pada Khamis (10 Okt) ini, sebelum bertemu Nigeria pada hari Ahad (13 Okt).

Ini adalah kali kedua pasukan senior Brazil tersebut akan bermain di padang Hab Sukan Singapura.

Pada 2014, mereka menumpaskan Jepun 4-0 dengan Neymar menyumbang kesemua empat gol.  

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan