Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Neymar kembali beraksi untuk PSG setelah pulih

Neymar, yang baru pulih daripada kecederaan, kembali beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG) yang menyaksikan jaringan babak pertama Mauro Icardi dan Angel Di Maria, sekali gus membantu pendahulu liga Ligue 1 itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Lille di Parc des Princes.

Anggaran Waktu Membaca:
Neymar kembali beraksi untuk PSG setelah pulih

Neymar. (Gambar: AFP/FRANCK FIFE)

Diterbitkan : 23 Nov 2019 04:34PM Dikemas Kini : 23 Nov 2019 04:36PM

PARIS: Neymar, yang baru pulih daripada kecederaan, kembali beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG) yang menyaksikan jaringan babak pertama Mauro Icardi dan Angel Di Maria, sekali gus membantu pendahulu liga Ligue 1 itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Lille di Parc des Princes.

Icardi menjaringkan gol jarak dekat pada minit ke-17 untuk gol ke-10 peribadinya buat PSG sepanjang sembilan perlawanan dan Di Maria menggandakan jaringan selepas sejam setengah perlawanan.

Meskipun tidak mempamerkan persembahan terbaik mereka, pasukan kendalian Thomas Tuchel terlalu kuat bagi Lille, yang menamatkan saingan di tempat kedua di belakangnya musim lalu.

Selepas hanya 14 perlawanan, PSG kini 11 mata di hadapan Marseille yang akan turun beraksi pada Ahad.

Neymar tidak bermain sejak 5 Oktober selepas mengalami kecederaan hamstring ketika mewakili Brazil menentang Nigeria pada minggu itu.

Dalam penampilan keenamnya, Neymar sekadar bermain selama lebih sejam sebelum digantikan Kylian Mbappe, yang mempunyai masalah kesihatan sejak kebelakangan ini.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan