Neymar buat penampilan sulung sebagai pemain Al-Hilal; belasah Al-Riyadh 6-1
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Fayez NURELDINE / AFP)
RIYADH: Penjaring gol terbanyak Brazil sepanjang zaman, Neymar membuat penampilan sulungnya dalam Liga Pro Saudi sebagai pemain Al-Hilal pada Jumaat (15 Sep).
Beliau bermain bagi 26 minit terakhir untuk kelab baharunya itu, yang berjaya menumpaskan Al-Riyadh 6-1, lapor Reuters.
Pemain berusia 31 tahun itu, yang menyertai bekas juara Asia itu bulan lalu dengan harga 90 juta euro (S$95.9 juta) dari Paris Saint-Germain, diperkenalkan pada minit ke-64 bagi menggantikan rakan senegaranya dari Brazil, Michael dan membantu Malcom menjaringkan gol keempat Al-Hilal pada minit ke-83.
Aleksandar Mitrovic meletakkan Al-Hilal di hadapan dengan tendangan penalti pada minit ke-30, sebelum jaringan Yassir Al-Shahrani dan Nasser Al-Dawsari memberikan kelebihan kepada ketua liga itu.
Neymar mengatasi rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Bolivia Jumaat lalu (8 Sep).
Menurut laporan Reuters, ini juga kali pertama beliau bermain untuk pasukan Al-Hilal sejak berpindah ke Arab Saudi disebabkan kecederaan buku lali.
Peminat mencemuh apabila kapten Al-Hilal, Salem Al-Dawsari memilih untuk membuat tendangan penalti pada minit ke-87 sambil diperhatikan Neymar, lapor Reuters.
Pemain sayap Arab Saudi itu kemudian menyumbat tendangan penalti itu sebelum menjaringkan gol keenam bagi pasukannya pada masa kecederaan.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.