Newcastle kembali ke Liga Juara-Juara Eropah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Lindsey Parnaby)
NEWCASTLE: Tidak pernah terlintas di fikiran pengurus Newcastle United, Eddie Howe, pada permulaan musim Liga Perdana England bahawa kelab itu akan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah.
Namun, transformasi luar biasa kelab itu pada Isnin (22 Mei) menyaksikan ia menjaminkan tempat kembali bersama kelab-kelab unggul Eropah.
Keputusan seri 0-0 di padang sendiri menentang Leicester City bermaksud Newcastle akan menamatkan musim ini di kedudukan empat teratas Liga Perdana England.
Newcastle akan menentang pasukan-pasukan terhandal Eropah buat julung-julung kalinya dalam masa dua dekad.
Selepas meraikan kemenangan tersebut di padang St James' Park, Encik Howe ditanya tentang sasaran yang ditetapkan pada Ogos.
"Sudah tentu bukan kedudukan empat teratas," kata mantan pengurus Bournemouth itu kepada Sky Sports.
Encik Howe berkata langkah seterusnya adalah untuk menjulang piala besar pertama sejak 1955 setelah pasukan itu tewas di peringkat akhir Piala Liga tahun ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.