Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Negeri Sembilan tidak mahu terlepas slot Piala Malaysia

Skuad Negeri Sembilan kini dalam misi memburu tempat ke saingan Piala Malaysia, selepas gagal mendapatkan slot Liga Super musim 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
Negeri Sembilan tidak mahu terlepas slot Piala Malaysia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 09:36PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 10:14PM

KUALA LUMPUR: Skuad Negeri Sembilan kini dalam misi memburu tempat ke saingan Piala Malaysia, selepas gagal mendapatkan slot Liga Super musim 2021.

Kapten pasukan Norhafiz Zamani Misbah berkata skuad Rusa mempunyai peluang terakhir untuk mendapatkan tempat dalam Piala Malaysia, iaitu dengan mengatasi Sarawak United pada perlawanan terakhir Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat ini.

“Setelah hajat untuk naik ke Liga Super tidak kesampaian, inilah sahaja peluang buat Negeri Sembilan melakar sesuatu dan kami tidak rela tercicir daripada saingan Piala Malaysia.

“Ia masih belum selamat kerana Sarawak United dijangka memberi saingan sengit kerana mereka juga berpeluang layak jika menewaskan kami di tempat sendiri,” katanya dalam kenyataan media Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini (7 Okt).

Beliau berkata walaupun berada di tangga tercorot, skuad kendalian E.Elavarasan mempunyai barisan pemain berpengalaman seperti Mohd Amri Yahyah dan S. Chanturu yang mampu menyekat hajat pasukan Negeri Sembilan itu.

Justeru, Norhafiz menyeru agar rakan-rakannya memperbaiki kelemahan terutama jentera serangan yang didapati agak tumpul menyebabkan skuad Rusa sukar untuk menang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Negeri Sembilan berada di tangga kelapan Liga Premier dengan 11 mata, manakala Sarawak United di kedudukan ke-12 dengan lapan mata.

Hanya lima pasukan teratas Liga Premier layak ke saingan Piala Malaysia, dan Negeri Sembilan perlu mencatatkan kemenangan untuk memastikan slot berkenaan menjadi milik mereka, manakala pasukan feeder seperti Terengganu 2, Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor 2 tidak boleh beraksi dalam saingan itu walaupun dalam kelompok teratas.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan