Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Naomi Osaka tarik diri dari kejohanan tenis Berlin: pihak penganjur

Naomi Osaka menarik diri daripada kejohanan gelanggang rumput WTA Berlin minggu depan setelah mengundurkan diri daripada Terbuka Perancis yang terpalit kontroversi. Demikian disahkan penganjur WTA Berlin pada Isnin (7 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Naomi Osaka tarik diri dari kejohanan tenis Berlin: pihak penganjur

Gambar fail Naomi Osaka

Diterbitkan : 07 Jun 2021 08:35PM Dikemas Kini : 07 Jun 2021 08:38PM

BERLIN: Naomi Osaka menarik diri daripada kejohanan gelanggang rumput WTA Berlin minggu depan setelah mengundurkandiri daripada Terbuka Perancis yang terpalit kontroversi.

Demikian disahkan penganjur WTA Berlin pada Isnin (7 Jun).

"Kami menerima maklumat bahawa Naomi Osaka tidak dapat beraksi di Berlin. Setelah mendapatkan nasihat pihak pengurusannya, dia akan berehat sebentar," kata seorang jurucakap kejohanan Berlin yang bermula pada 14 Jun.

Osaka tidak memaklumkann bila dia akan beraksi pada kejohanan seterusnya, menimbulkan keraguan terhadap penyertaannya di Wimbledon, yang bermula pada 28 Jun, disusuli Olimpik Tokyo.

Juara Grand Slam empat kali berusia 23 tahun itu menarik perhatian selepas menarik diri daripada saingan di Roland Garros setelah pertelagahan mengenai keengganannya untuk menghadiri sidang media.

Berikutan itu, pegawai tenis Perancis mendenda Osaka sebanyak AS$15,000 (S$19,800) dan mengancam untuk menyingkirkannya daripada kejohanan itu kerana tidak memenuhi komitmen media yang wajib. Langkah itu mendorong bintang Jepun berkenaan menarik diri daripada.

Pada Sabtu, Osaka, yang mendedahkan cabaran berterusan yang dihadapi dengan kemurungan dan sindrom resah yang menurutnya diburukkan lagi apabila terpaksa berdepan dengan media, mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dalam catatan ringkas di Instagram.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan