Nadal rancang turun gelanggang Abu Dhabi bulan depan
Pemain tenis Nombor 5 di dunia Rafael Nadal, kali terakhir beraksi pada Ogos setelah tarik diri daripada Wimbledon dan Sukan Olimpik Tokyo ekoran kecederaannya.
Rafael Nadal beraksi menentang Lloyd Harris di Terbuka Citi di Washington DC, pada 5 Ogos 2021 (Gambar: Mitchell Layton/Getty Images/AFP)
REUTERS: Rafael Nadal merancang untuk kembali beraksi di gelanggang pada bulan depan setelah pulih dari kecederaannya.
Nadal dijangka akan bertanding di Kejohanan Tenis Abu Dhabi pada bulan depan sebelum menyertai kejohanan lain sedang beliau mempersiapkan diri untuk bertanding di Kejohanan Terbuka Australia, kata pemain nombor lima dunia itu.
Nadal dihantui masalah kecederaan pada bahagian belakang sejak awal tahun ini dan terpaksa menarik diri daripada Wimbledon dan Sukan Olimpik Tokyo. Kali terakhir Nadal bertanding secara kompetitif adalah pada Ogos di Kejohanan Terbuka Citi di Washington.
Nadal mengumumkan sebelum Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat bahawa kecederaan pada kaki kirinya turut menghambat peluangnya untuk beraksi hingga hujung tahun ini, namun pengumuman pada Isnin (1 Nov) memberikan gambaran yang dia mungkin kembali beraksi di Kejohanan Tenis Dunia Mubadala dari 16 hingga 18 Disember.
“Saya tidak tahu bilakah saya akan dapat turun gelanggang sekali lagi, tetapi saya boleh katakan bahawa matlamat saya adalah untuk bertanding di Abu Dhabi pada Disember dan selepas itu membuat persiapan bagi musim baru pada Januari.
"Kecederaan pada kaki saya belum pulih sepenuhnya, tetapi saya sudah berlatih hampir sejam setengah setiap hari, maka itu ia satu petanda yang positif."
Nadal akan bertanding untuk merebut kejuaraan Grand Slamnya yang ke-21 di Kejohanan Terbuka Australia yang dijadual dibuka secara rasmi pada 17 Januari depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.