Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mutu siaran perlawanan Liga Perdana "tunjuk peningkatan stabil": StarHub

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: StarHub hari ini (15 Ogos) menyatakan mutu khidmat penstriman bagi perlawanan Liga Perdana "menunjukkan peningkatan yang stabil", dengan kebanyakan isu teknikal sebelum ini "sudah dihuraikan".

Beberapa pelanggan StarHub sebelum ini mengadu tentang isu-isu penyiaran tersebut pada 6 Ogos semasa hujung minggu pembukaan musim. Ini termasuk mutu video dan audio yang kurang baik, penyiaran yang terganggu serta gambar yang tersekat-sekat. Terdapat juga pelanggan yang menyatakan mereka tidak dapat log masuk ke aplikasi StarHub TV+.

Dalam satu kenyataan hari ini, StarHub menyatakan:"Kami gembira untuk mengesahkan bahawa mutu penstriman OTT (khidmat media 'over-the-top') menunjukkan peningkatan stabil dengan kebanyakan isu sudah dihuraikan dan para pelanggan kami boleh menikmati perlawanan dengan lancar.

"Kami juga gembira bahawa khidmat IPTV kami (TV Protokol Internet) kekal berkesan sepanjang masa."

Khidmat media 'over-the-top' atau OTT adalah jenis yang ditawarkan secara langsung melalui Internet, sekali gus memintas platform tradisional seperti kabel atau satelit.

Menurut StarHub ia akan terus bekerjasama dengan para pelanggan yang berdepan isu-isu untuk memastikan perlawanan-perlawanan Liga Perdana disiarkan secara lancar.

Pada 8 Ogos StarHub menyatakan siasatan awal menunjukkan rangkaiannya "tidak dilengkapi sedemikian rupa untuk bertindak balas terhadap lonjakan pada jumlah pengguna yang berlaku secara serentak", yang mencetuskan "mesej ralat" pada beberapa peranti pelanggan.
Syarikat telko itu juga tidak menjawab mengenai isu pampasan bagi pelanggan yang terjejas.

Pada Februari, StarHub menandatangani kerjasama eksklusif dengan Liga Perdana untuk menyiarkan perlawanan-perlawanan bagi tempoh enam tahun akan datang bermula dari musim ini.

Hak penyiaran sebelum ini dipegang oleh Singtel selama 12 tahun berturut-turut.
Sumber : CNA/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan