Musim Eropah akan tamat pada Ogos, kata Presiden UEFA
UEFA mempunyai rancangan untuk menamatkan musim 2019-20 menjelang Ogos termasuk kempen-kempen Liga Juara-Juara dan Liga Eropah, kata presiden badan pentadbir bola sepak Eropah itu, Aleksander Ceferin.

Presiden UEFA Aleksander Ceferin semasa satu sidang media pada 3 Mac 2020. (Gambar fail: Yves Herman/REUTERS)
REUTERS: UEFA mempunyai rancangan untuk menamatkan musim 2019-20 menjelang Ogos termasuk kempen-kempen Liga Juara-Juara dan Liga Eropah, kata presiden badan pentadbir bola sepak Eropah itu, Aleksander Ceferin.
Kebanyakan musim liga Eropah digantung pada Mac akibat pandemik COVID-19 tetapi beberapa liga sudahpun mengumumkan rancangan untuk bersambung semula pada minggu-minggu mendatang.
Kempen-kempen peringkat tertinggi Perancis dan Belanda dibatalkan tetapi Bundesliga Jerman dimulakan semula pada hari Sabtu dan Ceferin menjangkakan sekurang-kurangnya 80 peratus liga kebangsaan akan menamatkan musim mereka.
Kedua-dua Liga Juara-Juara dan Liga Eropah belum lagi menamatkan 16 perlawanan terakhirnya.
Paris St Germain, yang diisytiharkan sebagai juara Ligue 1, menantikan perlawanan Liga Juara-Juaranya di luar negara setelah pemerintah Perancis menyatakan sukan profesional tidak akan dibenarkan kembali sebelum September.
Euro 2020, dijadual dihoskan di 12 bandar merata Eropah, sudah ditangguhkan sehingga tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.