Musim Bundesliga Jerman disambung semula pada 16 Mei
Musim Bundesliga Jerman akan dimulakan semula pada 16 Mei, menurut Liga Bola Sepak Jerman (DFL) pada Khamis (16 Mei).

Gambar fail Bundesliga - Bayern Munich menentang Werder Bremen
BERLIN: Musim Bundesliga Jerman akan dimulakan semula pada 16 Mei, menurut Liga Bola Sepak Jerman (DFL) pada Khamis (16 Mei).
Ini sekali gus menjadikannya liga Eropah pertama untuk disambung semula di tengah-tengah pandemik virus korona COVID-19.
DFL menyatakan musim itu akan diteruskan semula di bawah syarat-syarat protokol kesihatan yang tegas yang melarang para penonton daripada memasuki stadium.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.