Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Musim bola sepak Eropah masih boleh diteruskan jika pandemik berkurangan

Ketua UEFA berkata liga bola sepak Eropah masih menimbangkan semua pilihan dan tidak mengetepikan pilihan menghabiskan musim ini - jika pandemik COVID-19 berkurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Musim bola sepak Eropah masih boleh diteruskan jika pandemik berkurangan

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin (Gambar: AFP/Robin VAN LONKHUIJSEN)

Diterbitkan : 28 Mar 2020 10:57PM Dikemas Kini : 29 Mar 2020 05:58AM

ROME: Ketua UEFA berkata liga bola sepak Eropah masih menimbangkan semua pilihan dan tidak mengetepikan pilihan menghabiskan musim ini - jika pandemik COVID-19 berkurangan.

"Kami boleh bermula semula pada pertengahan bulan Mei, pada bulan Jun atau pada akhir bulan Jun," kata Aleksander Ceferin kepada La Repubblica.

Sebarang masa selepas itu dan "musim mungkin tidak akan dikira," katanya.

Idea keseluruhan musim dibatalkan menimbulkan panik di kalangan para peminat kelab seperti Liverpool yang hampir-hampir menjulang gelaran juara liga pertamanya dalam tempoh 30 tahun.

Encik Ceferin tidak mengatakan bila UEFA akan mengeluarkan keputusan akhir dan menegaskan bahawa perundingan dengan liga dan kelab utama masih dijalankan.

"Terdapat juga cadangan untuk mengakhiri musim ini pada permulaan musim yang seterusnya dan kemudian memulakan yang berikutnya lewat sedikit," kata Encik Ceferin.

Encik Ceferin menambah bahawa beliau secara peribadi menentang idea untuk mengadakan perlawanan besar di belakang pintu tertutup.

Belarus kekal sebagai satu-satunya negara Eropah yang masih bermain bola sepak di tengah-tengah pandemik yang kini meragut sekitar 28,000 nyawa di seluruh dunia.

Itali menggantung musim Serie A pada 9 Mac.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : AFP/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan