Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Musim baru F1 akan bermula Julai di Eropah

Musim baru F1 kali ini akan dimulakan bulan depan dengan jadual baru lapan perlumbaan bakal diadakan di negara-negara Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Musim baru F1 akan bermula Julai di Eropah

(Gambar: Martin BUREAU/AFP)

Diterbitkan : 03 Jun 2020 04:59PM Dikemas Kini : 03 Jun 2020 05:05PM

LONDON: Musim baru F1 kali ini akan dimulakan bulan depan dengan jadual baru lapan perlumbaan bakal diadakan di negara-negara Eropah.

Austria bakal menjadi tuan rumah dua perlumbaan sulung F1 2020 dengan Grand Prix Austria pada 5 Julai, diikuti oleh Grand Prix Styria pada 12 Julai.

Grand Prix Hungary akan menyusul pada 19 Julai sebelum F1 dijadualkan di litar Silverstone pada 2 Ogos untuk Grand Prix Britain.

Ini akan diikuti oleh Grand Prix Ulang tahun ke-70 F1 pada 9 Ogos. Perlumbaan pertama F1 diadakan di Silverstone pada 1950.

Sepanyol kemudian bakal menjadi tuan rumah perlumbaan F1 seterusnya pada 16 Ogos, sebelum Grand Prix Belgium pada 30 Ogos dan Itali pada 6 September.

Kesemua perlumbaan F1 itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton.

Namun jadual F1 yang lainnya belum ditentukan lagi.

Ketua Eksesuktif F1 Chase Carrey berkata, beliau berharap kalendar lengkap perlumbaan F1 kali ini dapat dimuktamadkan hujung bulan ini.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan