Muhammad Taqi Aljaafari bakal cipta sejarah; warga SG pertama pengadil Piala Dunia Lelaki & Wanita FIFA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: FAS/Facebook)
SINGAPURA: Pengadil bola sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) serta Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Muhammad Taqi Aljaafari, akan menjadi rakyat Singapura pertama untuk secara rasmi mengadili kedua-dua Piala Dunia Lelaki dan Wanita.
Demikian menurut FAS menerusi catatannya di laman Facebook pada Sabtu (8 Jul).
FAS membuat catatan tersebut sedang Encik Taqi melakukan perjalanan ke Australia dan New Zealand pagi tadi bagi memulakan persiapannya untuk menjadi pengadil Piala Dunia Wanita 2023.
Encik Taqi akan menyumbang tenaga sebagai salah seorang daripada 19 pegawai Penolong Pengadil Video (VAR).
FAS menulis: "Peluang membanggakan ini menjadikan beliau rakyat Singapura pertama yang secara rasmi mengadili kedua-dua Piala Dunia Lelaki dan Wanita.
"Kami menyampaikan ucapan selamat kami kepada Taqi, bagi mendorongnya untuk terus mengibarkan bendera Singapura dengan prestasinya yang cemerlang!"
Sebelum ini, Encik Taqi mengadili Piala Dunia 2022 dan memainkan peranan penting sebagai salah seorang daripada 24 pegawai perlawanan yang mengendalikan sistem VAR.
Beliau juga satu-satunya pengadil dari Asia Tenggara bagi Piala Dunia Lelaki tahun lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.