Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

M'sia zahirkan minat anjur Sukan SEA 2027

Malaysia menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA ke-34 pada tahun 2027 nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia zahirkan minat anjur Sukan SEA 2027
Diterbitkan : 11 Jan 2022 06:28PM Dikemas Kini : 11 Jan 2022 06:28PM

KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA ke-34 pada tahun 2027 nanti.

Presiden MOM Mohamad Norza Zakaria berkata demikian selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) menghubungi MOM berhubung kebarangkalian menganjurkan temasya sukan itu susulan penarikan diri Brunei yang sepatutnya menjadi hos pada edisi berkenaan.

“Mesyuarat telah bersetuju menghantar surat ‘Expression of Interest’ (tunjuk minat) ke SEAGF manakala MOM akan memanjangkan makluman ini kepada kerajaan dan perbincangan lanjut akan diadakan pada masa yang sesuai.

"Atas semangat persahabatan bersama SEAGF, saya rasa kami mempunyai peluang yang baik untuk mendapat hak penganjuran,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM kali ketiga sesi 2021/2025 hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pihaknya akan melihat kepada kemampuan kewangan negara selain isu pandemik COVID-19 sebelum memutuskan untuk menganjurkan Sukan SEA itu.

Ditanya sama ada Sukan SEA ke-34 bakal menjadi platform persediaan buat Malaysia menganjurkan Sukan Asia 2038, beliau berpendapat faktor kemudahan dan tahap aktif sukan atau atlet perlu diambil kira sebelum berminat menjadi tuan rumah temasya itu.

Malaysia sebelum ini menganjurkan Sukan SEA sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017 namun belum pernah menjadi hos Sukan Asia.

Sumber : Bernama/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa