Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

M'sia kalahkan Myanmar 1-0 dalam Piala AFF Mitsubishi Electric

Anggaran Waktu Membaca:
YANGON: Selepas Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, bermula pula perlawanan bola sepak terbesar di Asia Tenggara iaitu Piala AFF Mitsubishi Electric.

Dalam perlawanan pada Rabu (21 Dis), Myanmar kalah di tangan Malaysia 0-1.

Perlawanan pembukaan antara Malaysia dengan Myanmar menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol dalam separuh masa pertama.

Namun selepas masa rehat, Malaysia berjaya menjaringkan gol pembukaan yang dinanti-nantikan pada minit ke-52 menerusi Faisal Halim.

Myanmar meraih peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-57 tetapi percubaan itu berjaya diselamatkan.

Pada Selasa (20 Dis), juara bertahan Thailand berjaya menewaskan Brunei 5-0 dalam perlawanan pembukaan bagi kumpulan A.

Pasukan Thailand berjaya menjaringkan dua gol pada akhir separuh masa dan lagi tiga gol sebelum menamatkan perlawanan tersebut.

Dalam satu lagi perlawanan yang juga diadakan pada Selasa (21 Dis), Kemboja pula berhasil menumpaskan Filipina 3-2.

Kemboja akan berdepan Indonesia pada Jumaat (23 Dis) manakala Filipina pula akan menentang Brunei.
Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan