Moyes puji perbezaan minda pasukan selepas kemenangan ke atas Everton
Pengurus West Ham David Moyes berkata terdapat perbezaan minda dalam pasukannya musim ini selepas jaringan lewat Tomas Soucek memberikan kemenangan 1-0 di Everton.
(Gambar: AFP)
LIVERPOOL: Pengurus West Ham David Moyes berkata terdapat perbezaan minda dalam pasukannya musim ini selepas jaringan lewat Tomas Soucek memberikan kemenangan 1-0 di Everton.
Para pemain Moyes bertanding dalam tiga perlawanan Liga Perdana England dalam tempoh enam hari, tetapi berjaya mengatasi Everton dengan jaringan kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan.
"Para pemain telah bertanding dalam tiga perlawanan dalam tempoh enam hari, mereka menakjubkan.
"Saya tidak rasa ada perubahan tahap kecergasan, oleh itu syabas kepada mereka.
"Perubahan pemikiran amat ketara di West Ham," kata Moyes, yang menang buat pertama kali sebagai pengurus pasukan pelawat di Goodison Park, di mana beliau mengendali Everton selama 11 tahun.
Kemenangan itu meletakkan West Ham hanya tiga mata di belakang tempat ketiga, walaupun mereka kekal menduduki tangga ke-10 liga.
Everton pula terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana England, Liverpool dan Manchester United kepada satu mata.
"Ia bukan perlawanan yang baik. Kami tidak mempunyai peluang atau memberikan mereka peluang, mereka bernasib baik dan kami tewas," kata jurulatih Everton Carlo Ancelotti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.