Moyes lakukan tugas lebih baik daripada saya, kata pengurus United
Pengurus baharu Everton, David Moyes, berjaya memberi kesan serta-merta ke atas prestasi sukan kelabnya.
Ruben Amorim menyertai Manchester United pada November dan setakat ini kelab tersebut hanya menang empat daripada 14 perlawanan Liga Perdana. (Gambar: BBC)
Semalam (21 Feb), Amorim berkata perbezaan antara dirinya dan Moyes ialah Moyes dapat melakukan tugas dengan lebih baik.
Amorim, menyertai United pada November, dan hanya menang empat daripada 14 perlawanan Liga Perdana.
Sementara itu, Everton telah menang tanpa kalah bagi lima perlawanan di bawah kepimpinan Moyes. Ini membantu kelab tersebut naik satu mata di atas United yang berada di tangga ke-15.
"Perkara yang mudah... David Moyes melakukan tugas dengan lebih baik berbanding saya. Ianya semudah itu," kata Amorim, yang berusia 40 tahun, kepada wartawan sebelum melawat Everton pada Sabtu. "Saya fikir kita perlu memberi merit kepada para pemain Everton dan lebih-lebih lagi kepada jurulatih Everton dan itu sahaja. Kita perlu lakukan perkara yang sama."
Moyes, yang pernah menguruskan Everton selama lebih sedekad, berdepan kesukaran serupa apabila beliau mengambil alih Manchester United pada 2013 selepas persaraan Alex Ferguson.
Beliau dipecat selepas 10 bulan apabila United menamatkan musim di tempat ketujuh.
Pengurus berusia 61 tahun itu, yang sudah menang empat daripada enam perlawanan liga sejak kembali ke Everton pada Januari, berkata pengalaman yang lebih luas membantunya mengurus tekanan dalam pekerjaan tersebut.
"Kadangkala anda boleh tenangkan diri anda, tapi jangan ambil ketenangan saya sebagai tanda yang saya tidak bersemangat," katanya. "Adakah saya telah berubah? Mungkin sedikit. Saya tidak perlu bertaruh dengan dunia setiap masa sekarang, anda berasa seperti itu harus dilakukan apabila baru bermula."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.