Skip to main content

Sukan

Mourinho 'tiada masalah' kembali ke Real Madrid

Jose Mourinho "tidak berdepan dengan sebarang masalah" untuk kembali membimbing Real Madrid sebagai jurulatihnya, selepas khabar angin bertiup kencang yang mengaitkan beliau sebagai calon bagi menggantikan Santiago Solari.

Anggaran Waktu Membaca:
Mourinho 'tiada masalah' kembali ke Real Madrid

Mourinho. (Gambar: Jose Jordan/AFP)

Diterbitkan : 05 Mar 2019 10:51AM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 10:54AM

MADRID: Jose Mourinho "tidak berdepan dengan sebarang masalah" untuk kembali membimbing Real Madrid sebagai jurulatihnya, selepas khabar angin bertiup kencang yang mengaitkan beliau sebagai calon bagi menggantikan Santiago Solari.

Mourinho dan Madrid mengalami musim yang mencabarkan tahun ini, dengan pengurus warga Portugal itu kehilangan jawatannya di Manchester United pada Disember lalu, manakala Los Blancos pula menunjukkan prestasi kurang baik di bawah dua jurulatih.

Solari melatih Madrid pada Oktober lalu bagi menggantikan Julen Lopetegui. Meskipun beliau dapat meningkatkan prestasi kelab bola sepak tersebut, namun ia tidak cukup untuk menarik perhatian para penyokong.

Mourinho, yang berjaya merangkul kejuaraan dalam tempoh tiga tahun di Madrid sehingga 2013, tidak menolak kemungkinan beliau akan kembali ke Santiago Bernabeu, menurut laporan beIN SPORTS.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menyertai kelab tersebut, Mourinho memberitahu beIN SPORTS: "Kembali ke kelab yang pernah saya sertai? Jika saya berpendapat ia adalah kelab yang tepat, dengan struktur yang baik, impian yang baik, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyertainya.

“Saya rasa adalah satu penghormatan besar sekiranya kelab di mana anda pernah bertugas inginkan anda semula. Ia (Madrid) adalah kelab yang besar, saya rasa anda semua tahu ia pernah menjuarai 13 Liga Juara-Juara,” katanya, seperti yang dipetik oleh beIN SPORTS.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita