Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mourinho pengurus baru Spurs

Tottenham Hotspur menamakan Jose Mourinho sebagai pengurus baru kelab itu,menggantikan Mouricio Pochettino, yang dipecat berikutan prestasi hambar kelab berkenaan pada saingan Liga Perdana England (EPL) pada musim ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Mourinho pengurus baru Spurs

Mourinho. (Gambar: Jose Jordan/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2019 08:04PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 08:06PM

LONDON: Tottenham Hotspur menamakan Jose Mourinho sebagai pengurus baru kelab itu,menggantikan Mouricio Pochettino, yang dipecat berikutan prestasi hambar kelab berkenaan pada saingan Liga Perdana England (EPL) pada musim ini.

Pengurus dari Portugal itu menandatangani kontrak berakhir musim 2022-23 bagi memacu kebangkitan semula kelab yang kini di tangga ke-14 EPL.

Spurs menjadi kelab ketiga yang dikendalikan Mourinho yang sebelum ini menjadi pengurus kelab Chelsea, Real Madrid dan Manchester United sebelum dipecat pada Disember lalu.

"Saya teruja menyertai kelab yang mempunyai warisan dan sejarah hebat serta juga penyokong yang bersemangat," kata Mourinho.

"Mutu dalam kedua-dua skuad dan juga akademi membuat saya teruja. Bekerja dengan pemain di sini juga menarik saya."

Pengerusi Spurs, Daniel Levvy berkata, Tottenham amat gembira kerana dapat menggunakan khidmat pengurus berusia 56 tahun itu yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak.

"Kami memperoleh Jose yang juga adalah salah seorang pengurus paling berjaya dalam bola sepak," katanya.

"Dia mempunyai pengalaman luas, boleh memberi inspirasi kepada pasukan dan mempunyai taktikal yang bagus. Dia memenangi pelbagai kejayaan di kelab yang dia kendalikan. Kami yakin dia akan membawa tenaga dan keyakinan di bilik persalinan."

Maurinho adalah salah satu daripada tiga pengurus yang memenangi Liga Juara-juara UEFA sebanyak dua kali semasa bersama kelab Porto dan Inter Milan.

Perlawanan pertamanya selaku pengurus Spurs menentang West Ham, Sabtu ini. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan