Skip to main content

Sukan

MotoGP Mandalika 2023: Franceso Bagnaia memenangi perlumbaan meskipun bermula di petak ke 13

Anggaran Waktu Membaca:
MotoGP Mandalika 2023: Franceso Bagnaia memenangi perlumbaan meskipun bermula di petak ke 13

Gambar: MotoGP

Diterbitkan : 15 Oct 2023 05:40PM Dikemas Kini : 15 Oct 2023 05:41PM
LOMBOK: Franceso Bagnaia memenangi perlumbaan motosikal MotoGP Mandalika 2023, meskipun terpaksa bermula di petak ke 13.

Bagnaia berada di hadapan Maverick Vinales dari pasukan Aprilia dan Fabio Quartararo dari Monster Energy Yamaha.

Apa yang lebih menakjubkan, Bagnaia tidak pernah mendahului para pelumba lain dari kedudukan tercorot sejak MotoGP Portugal 2022.

Selepas perlumbaan dimulakan, Bagnaia naik ke kedudukan keenam.

Bagnaia kemudian memperbaiki ke kedudukan kedua selepas pesaing utamanya, Jorge Martin terjatuh dalam pusingan ke 13.

Akhirnya, Bagnaia memintas Maverick Vinales dalam pusingan ke 20 bagi merebut kedudukan pertama MotoGP Mandalika 2023.

"Saya pikir kami layak melalui balapan seperti ini. Bermula di petak ke 13 pada pusingan pertama, melakukan yang terbaik yang saya capai," kata Bagnaia dalam wawancara singkat setelah selesainya perlumbaan MotoGP Mandalika 2023.
Sumber : Agensi berita/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita