Modric lanjutkan kontrak bersama Real Madrid hingga 2025
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Real Madrid C.F)
MADRID: Kapten Croatia, Luka Modric menandatangani lanjutan kontrak selama setahun dengan Real Madrid yang akan mengekalkannya di Bernabeu sehingga 2025, menurut kelab LaLiga itu pada Rabu (17 Jul).
Pemenang Ballon d'Or 2018 berusia 38 tahun itu memenangi mahkota Liga Juara-Juara Eropah yang keenam serta gelaran LaLiga keempat bersama Real Madrid pada musim lalu.
Kontrak Modric sebelum ini dijadual tamat pada penghujung musim 2023-24 tetapi pemain Croatia itu memberitahu para penyokong Real Madrid bahawa dia akan kembali musim depan apabila mereka meraikan kejayaan Liga Juara-Juara Eropah yang melebarkan rekod Real kepada 15 Piala Eropah.
Tiada pemain yang memenangi lebih banyak gelaran bersama Real Madrid selain Modric, yang telah menjulang 26 trofi sejak menyertai gergasi bola sepak Sepanyol itu pada 2012.
Pemain veteran itu secara meluas dijangka akan menggantung butnya, terutama sekali selepas rakan sepasukan di bahagian tengah, Toni Kroos, 34 tahun, mengumumkan persaraannya pada hujung musim lalu.
Modric juga tidak bercadang untuk menggantung but di peringkat antarabangsa walaupun Croatia tersingkir awal daripada EURO 2024 yang berakhir baru-baru ini, di mana mereka tersingkir selepas peringkat kumpulan.
"Saya ingin terus bermain selama-lamanya tetapi mungkin akan tiba masanya saya mesti menggantung but saya. Saya akan terus bermain, tetapi saya tidak tahu berapa lama lagi," kata Modric, yang sudah 178 menyarung jersi pasukan Croatia.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.